Oct 1, 2011

Ahlan Wasahlan ila UIAM

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang tidak putus putus memberikan kita rezeki dan keberkatan di dalam kita untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.


bermula dengan senyuman dan salam, di hari lebaran ini, kami, Andeka Caklempong telah diberi ruang dan kesempatan untuk menjadi penyeri di Malam Kebudayaan Minggu Taaruf 2011/2012. Untuk pengetahuan anda, minggu taaruf adalah minggu di mana UIAM akan menyambut ketibaan pelajar baru dari serata dunia. ada dari afrika, ada dari amerika, ada dari kelantan, ada dari perak, dari sabah, dari indonesia, thailand etc.

raya tak habis, dah kene balik ke uia..

hoho, walaupun sedemikian, kami berasa gembira kerana dapat berkumpul semula(sambil kumpul kuih dan kek raya)

tidak dilupakan, kepada ahli Cultural yang lain, yang turut bekerjasama menjayakan Malam Kebudayaan ini, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana telah memberi memori bersama yang sukar dilupakan. Terima kasih kelab Gamelan, Angklung, Zapin, Dikir Barat, Acoustic Band, Puisi, Creative Production, Percussion Club, dan juga para Alumni UIAM(khas utk KakAtip dan KakHajar).

Terima kasih juga kepada komiti-komiti Minggu Taaruf yang telah bekerja keras bagi menjayakan program ini. tepukan gemuruh untuk anda.

akhir kata, AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN kepada semua warga baru UIAM.

"orang lelaki ada halkum,
ASSALAMUALAIKUM"

1 comments:

Salam, Ahlan wa sahlan ILA .. BUKAN FI . .:)) HUhu

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More