minggu yang paling memenatkan,
minggu yang paling banyak stress,
minggu yang paling ramai masuk ayaq,
Assalamualaikum, seperti biasa, bermula dengan senyuman..
bermula dari 8/7/2011 sehingga 20/7/2011, kami Andeka telah mempersiapkan diri untuk persembahan istimewa majlis pembukaan dan majlis penutup 10th InterSchool Debating Competition UIAM.
untuk kali ini, pentas opening IDC 2011 telah menyaksikan gabungan mantap 4 kelab muzik UIAM iaitu Andeka Caklempong, Kelab Angklung,Kelab Band dan juga Kelab Percussion.
Untuk overture intro, kami memainkan lagu menarik Ilham Santubong, gabungan Puteri Santubong dan juga lagu Kacang. Untuk solo kami, kami memainkan lagu Kelok tradisional, Kelok 9 dan juga Merandang Kopi. Malang sekali, kami tidak sempat mempersembahkan lagu Nobody Waka-waka kepada penonton.
sepanjang minggu adalah sangat memenatkan. Latihan diadakan hampir dari pagi sehingga lewat malam dengan diiringi oleh tunjuk ajar Cikgu Syazana dan juga Cikgu Ku Zahir. dan macam biasa, setiap latihan adalah sangat memenatkan, tapi menyeronokkan.ada masa kami gambira,
ada masa kami ketawa tidak henti-henti,
ada masa kami stress bagai nak nangis,
ada masa kami tengok bunga,
banyak lagi, tapi saya tak mampu nak recall..
paling penting, showmanship kami dah naik setapak, terima kasih kakliza. hahaha. Terima kasih tidak terperi juga kepada Cikgu Syazana dan Cikgu Ku Zahir yang memberi tunjuk ajar kepada kami yang kurang ilmunya ini. juga jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat cultural Angklung, Band, dan Percussion yang sama-sama masuk ayaq untuk show ni, korang memang best. Juga kepada rakan-rakan Andeka yang terlibat atau tidak secara langsung, kita nantikan show kita bersama-sama selepas ini, inshaAllah.
Akhir kata, SALAM RIANG UNTUK SEMUA, SEMOGA BERBAHAGIA DI KAMPUNG UNTUK MENGHADAPI BULAN RAMADHAN
AHLAN WA SAHLAN, YA RAMADHAN!!






1 comments:
huhu. kenangan terindah~
*Salam Ramadhan :)
Post a Comment