Jul 12, 2011

Destinasi mewah, Prince Hotel

Assalamualaikum..
muzik tanpa batasan~pada 6 Julai 2011, kami telah membawa muzik caklempong ke Prince Hotel di Jalan Conlay..
Alhamdulillah, syukur kepada Allah,
tempat yang sungguh indah dan reception yang kami terima amat memuaskan hati, baik dari pihak hotel, komiti, mahupun dari pihak penonton. Majlis diadakan sempena perasmian SOFTEC 2011 yang menyaksikan kehadiran ramai orang-orang besar dari Malaysia dan juga Amerika Syarikat.










InshaAllah, kami harap program ini akan berjalan lancar dan membawa negara kita setapak ke arah kemajuan.
Kami juga berharap dengan adanya persembahan seperti ini, mampu, pada masa akan datang, membawa muzik tradisional seperti caklempong merentas audien luar negara sekaligus memperkenalkan muzik irama caklempong dan tradisional yang lain di mata dunia.

Indah sungguh si bunga dahlia,
terserlah ayu merentasi zaman,
kami sadarkan harapan dan doa,
semoga seni membawa kemajuan.

akhir kata, disamping kita memperbaiki teknikaliti kita dalam dunia seni, jangan lupa memperbaiki diri kita secara total ke arah keberkatan dan kebaikan, dan semoga anda semua akan mengalu-alukan bulan Ramadhan yang bakal menjelma dengan besar hati. :)



sekian, salam riang untuk semua
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More