ASSALAMUALAIKUM
Apa Khabar? كيف حالكَ? Anyong-haseyo?
Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah memanjangkan usia kita untuk sekali lagi dipertemukan pada semester 3 atau short semester ini. Walaupun tak ramai mungkin yang ambil short sem ni, tapi kami rasa cukup seronok tidak tergambar apabila bertemu kembali di bilik training yang serba indah.
Training pertama telah bermula pada 10 Mei yang lepas..dengan senior dan junior yang masing-masing bersemangat untuk kembali bermain caklempong setelah berehat panjang, suasana agak ceria di bilik training.
Semoga kita dapat meneruskan aktiviti caklempong sepanjang short sem ini dengan jayanya InsyaAllah. Akhir kata, senior - junior - mahupun super senior, jemputlah hadir ke bilik training untuk sama-sama kita bermain caklempong dan juga beramah mesra..pastinya sejuta SENYUMAN akan menanti anda di sana..
bagi yang ambil short sem, BELAJARLAH DENGAN RIANG
bagi yang sedang rileks di rumah, BERCUTILAH DENGAN RIANG
BYE-BYE
ASSALAMUALAIKUM!!!

0 comments:
Post a Comment