Tempat kejadian : Taman Layang-Layang, Kepong
Tarikh : Ahad, 21 Mei 2011
Masa : 10.00am - 6.30pm




Setibanya kami di sana, kami telah disambut dengan senyuman oleh seorang jejaka tampan iaitu Abang Aizat, abang senior yang baru tamat pelajarannya di IIUM. Tidak lupa juga, terima kasih kepada super senior yang sudi hadir iaitu Abg Ayn, Kak Ayin, dan Kak Yana.
Selama hampir separuh hari kami beraktiviti di sana, tidak hanya bermain caklempong, kami juga bermain tuju selipar, kenyitan mata sang Dracula, hantar message, dan juga bermain layang-layang. Aktiviti kami yang agak menghiburkan ini telah diiringi oleh penonton dari pelbagai lapisan masyarakat yang turut terhibur dengan gelagat kami. sehingga ada budak yang menari-nari di belakang kami..lucu-lucu..

Akan tetapi, adalah menjadi kekesalan kami kerana agak ramai Andeka yang tidak dapat hadir sama di aktiviti ini atas tanggungjawab dan halangan yang ditempuh mereka. Bagi yang sibuk semasa hari kejadian mahupun yang tidak mengambil short semester, jangan risau, jangan cemas, jangan cemburu mahupun teruja, kerana kalau panjang umur, kita boleh buat aktiviti ini sekali lagi ye..bagi lagi meriah, insyaAllah..
Adalah menjadi harapan andeka agar aktiviti seperti ini diperbanyakkan lagi pada masa hadapan kerana ia mampu untuk mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan sesama kami. Yang jauh kita rapatkan, yang dekat kita eratkan, yang erat kita kukuhkan..
Sebelum saya melabuhkan tirai post untuk kali ini, izinkanlah diakhiri dengan serangkap pantun..
Layang-layang terbang tinggi,
tinggi lagi si kapal terbang,
nak tahu tak bagaimana nak jadi "happy"?,
laluilah hari anda dengan riang.
Ok, Assalamualaikum, jumpa lagi..




0 comments:
Post a Comment