Apr 12, 2011

Aktiviti Andeka Bahagian 2





ANDEKA INDUCTION COURSE - 13 Februari 2011

"Apabila tiba musim pengambilan intake baru, senior-senior mesti tersenyum lebar"

Mana tidaknya, semua pasti ternanti-nanti akan siapakah gerangan orangnya yang bakal menggantikan senior-senior yang kian meningkat usia. Alhamdulillah, setelah selesai sesi interview yang berlangsung selama 2 hari dan perdebatan untuk memilih intake baru selama seminggu, seramai 40 orang ahli baru telah dipilih untuk menyertai keluarga Andeka Caklempong.

Seterusnya, aktiviti Induction Course telah dijalankan dengan satu matlamat agar ukhwah sesama ahli kelab dapat dikukuhkan. Teras kesejahteraan adalah perpaduan, dan mencapai perpaduan, perlukan persefahaman. Apuu..bermadah pula hamba di sini..
Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah suai kenal, permainan Tuju Selipar aka Baling Selipar, Pecahkan belon berhalangan, kuiz, permainan spontan, teka bunyi bonang, dan teka muka senior yang hensem2 dan cantik2 ni..pemenang akan menerima satu set sumi2 yang sangat sedap dan set makanan tengahhari yang sangat enak.

Program berlansung selama 5 jam, bermula jam 8 pagi (masa Andeka) sehingga 1 petang. Kami sangat menghargai setiap masa yang telah diluangkan dalam program ini. Terima kasih diucapkan kepada senior-senior yang sudi meluangkan masa emas pagi Ahad anda, program ini meriah atas sokongan anda. Bagi junior pula, jutaan terima kasih diucapkan kerana telah memberi sepenuh sokongan dan keterbukaan anda dalam program ini. Semoga ukhwah sesama kita mampu menjana anjakan paradigma yang hebat..apuu.. Akhir kata, training jangan lupa datang ye, dan belajarlah caklempong dengan riang! :)





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More