AGM 2010 - 24 Disember 2010
AGM Andeka Caklempong 2010 atau Pertemuan Perdana Tahunan Andeka Caklempong 2010 telah selamat dijalankan di Seminar Room 2 CAC IIUM pada 24 Disember yang lalu. Aktiviti wajib tahunan ini adalah nadi kepada percaturan kelab ini untuk terus bergerak di masa hadapan kerana disinilah kelibat kepimpinan baru Andeka Caklempong dilantik. Secara demokratik, barisan baru kepimpinan Andeka telah dipilih melalui undian ahli-ahli Andeka.Diucapkan jutaan terima kasih kepada bekas presiden KAK SARIMA SHARIFF yang selama ini berkorban dan berbakti kepada kesejahteraan kelab ini. Tidak dilupakan, tahniah diucapkan kepada presiden baru, MUHAMMAD SOFIAN JAMALUDDIN, semoga kelab ini dapat diterajui dengan penuh komitmen dan ketabahan, InsyaAllah.

0 comments:
Post a Comment